Permainan video hari ini menawarkan pelbagai konten menarik untuk diterokai oleh para pemain. Menerusinya jugalah, terdapat beberapa penawaran barangan mahupun karakter maya untuk kelebihan di dalam permainan dan semua ini boleh dibuat dengan transaksi secara dalam talian menggunakan perbankan atas talian atau e-wallet.

Terbaharu, seorang lelaki yang bernama Lim Cheng Mong menghadapi situasi cemas apabila dikejutkan dengan panggilan bank mengenai hutang kad kreditnya yang berjumlah 20,000 SGD (RM61,723). Beliau yang tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut cuma menggangap sudah menjadi mangsa penipuan.

Sumber Gambar: tirajatuna

Walaubagaimanapun, pihak bank telah menjelaskan bahawa terdapat 89 jumlah transaksi dibuat menggunakan namanya dengan jumlah yang dinyatakan. Semua transaksi yang dibuat adalah sah dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan semula.

Setelah menjalankan siasatan lanjut terhadap ke semua 89 transaksi berkenaan, beliau telah berjaya mengenal pasti bahawa pembayaran tersebut dibuat daripada akaun e-wallet anak perempuannya. Menurut beliau, akaun e-wallet itu telah disambungkan kepada kad kreditnya bagi tujuan pengangkutan oleh anaknya yang baru menjejak usia 18 tahun.

Sumber Gambar: rock paper shotgun

Difahamkan anak perempuan telah mengguna kelebihan tersebut untuk membeli belah pelbagai barangan maya menerusi permainan Genshin Impact sejak Ogos sehingga Oktober lalu.

Sementara itu, pihak bank masih memberikan penggurangan hutang tersebut sebanyak 10,000 SGD (~RM30,866) atas simpati terhadap nasib malang yang ditimpa oleh beliau. Dalam masa yang sama, pihak bank juga menasihatkan mangsa untuk lebih peka dalam perkara seperti ini.

Dengan ini, anda mestilah mengetahui cara menyekat pembelian dalam aplikasi pada peranti milik anak-anak anda.

Cara-Cara Menyekat Pembelian Dalam Aplikasi Oleh Anak-Anak Pada Peranti Android Dan iOS

5 Cara Kawal Video YouTube Daripada Tontonan Kanak-Kanak